Thursday, September 3, 2015

Dari Dapur Eryn : RESEPI LASAGNA : Langkah demi Langkah dan Bergambar



Assalamualaikum semuanya.

OH!

Lama sudah jari jemari ini tidak menaip di laman sesawang tercinta ini.
Tuptup nak ajar Resepi Lasagna pulak.
Hehehe~

Tak mengapalah. Sharing is Loving and Caring rite??

Okayy. Jangan marah eh, mula2 memang la kena ada Muqaddimah sikit.
Ceritanya kenapa tiba2 Eryn boleh dapat idea nak masak Lasagna ni adalah sebab, sehari sebelum Eryn nak masak Lasagna ni, Eryn keluar dinner di Cafe Jiran dan makan Lasagna, masa dah makan apa semua tu, tiba-tiba tergerak hati nak cuba masak Lasagna ni. Sebab memang dah lama sangat nak cuba masak. Tapi tiba tiba je perasaan tu lebih membara baru-baru ni. Lagi pula nak buat cepat-cepat dan nak bagi Family tersayang rasa dulu terutama nak bagi Along. Hehehe~

Okay.
Jadinya, keesokan malamnya pula, kami sekeluarga, pergi ke Mydin Subang Jaya.
Alang2 tu Eryn pun beli la segala bahan yang diperlukan. Haaa.. Kawan2, Kakak2, Abang2, Mak Cik atau Pak cik atau Pak Su?? Eh? Hahaha. Yang baca entry saya ni, Disini saya sertakan harga bahan2 yang saya beli khas untuk memasak dan menyediakan Lasagna.

Pasta Lasagna : RM9.80
Chesdale Cheddar : RM8.99
Cili Padi Merah : RM1.29
Fresh Milk : RM6.11
Low Fat Mozzarella : RM11.80
Butter : RM2.69
 (At first, saya beli satu buku butter jenama FarmCow, tapi masa memasak, saya guna jenama  ButterCup yang ada dirumah, Heehehe~)
Kimball Pasta Sauce 350gm : RM7.00 (2 Botol)
Oregano Leaves 10gm : RM8.90
Shredded Parmesan Cheese : RM13.99
Ramly Minced Chicken 400gm : RM7.95
Mushroom Button : RM5.50

=============
Total : RM83.93
=============


Memang kalau tengok harga. Pehhh~ Hahaha!
Tapi semangat nak memasak dan cuba sesuatu yang baru tu sangat membara, lalu  ku turutkan jua kata hati ini. Hahaha.


Baiklah... Mari kita mulakan.

Bismillahirrohmanirrahim..

Bahan- Bahan



(1) Bahan untuk Inti / Main dish


3 biji bawang kecil atau 1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
7 tangkai cili api (jika suka pedas, boleh lebihkan, jika tidak, boleh abaikan sahaja)
Minced chicken Ramly, saya guna dua keping @ Daging
Sos pasta kimball,  450gm.
Cendawan butang
Lobak Merah
Oregano leaves
Garam
Black pepper
3 Sudu sos cili

(2) Bahan untuk Sos putih lazat


Fresh milk 600gm
Cheesedale Cheddar 6 slices
Butter : 125 gm (Eryn ikut suka je nak letak banyak mana, sebab rasa dia creamy sangat. Nyummy)
Tepung gandum 3 sudu besar
Garam secukupnya

(3)

Bahan topping

Parmesan cheese
Mozzarella cheese


Sekarang kita beralih kepada cara cara dan langkah langkah untuk memasak..
Readyy??
Lets GO!!

Langkah pertama :

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Inta Lasagna kita.
Seperti gambar dibawah ini;
Bawang perlu dihiris halus
Cendawan butang harus dipotong nipis,
Carrot atau lobak merah perlu dipotong bentuk dadu kecil
Cili api dihiris halus



Langkah kedua:

Tumiskan bawang kecil dan juga bawang putih sehingga naik baru dan warna bertukar sedikit keperangan (Jangan sampai hangus pulak ye)



Langkah ketiga :

Setelah bawang bawang tersebut naik baunya, masukkan pula Ayam cincang atau Daging cincang tadi, Cucuk2 sikit bagi dia derai. Hehehe. Agak2 warna ayam tu pun dah perang2 sikit aka dah nampak masak .




Langkah Keempat:

Selepas ayam atau daging cincang tadi dah juga keperangan, masukkan pula 450gm sos pasta anda. Kacau sebati agar kena semua ayam tadi. Biarkan didih sikit (jangan stop kacau)

Langkah kelima :

Setelah itu, masukkan pula Cendawan butang yang telah dihiris nipis tadi. Gaul rata serataratanya. 



Langkah Keenam :

Masukkan lobak merah atau Carrot yang telah dipotong bentuk dadu yang kecil. Eryn lebih gemar gunakan yang fresh compared to using carrot in the supermarket yang jual dalam plastik tu. Theee~



Langkah ketujuh :

Masukkan cili api pula. Bila Eryn google the recipes and also bila makan Lasagna tak kira la Cafe nor Restaurant, the taste will be like pure Masam, and tak rasa pedas. I ollz ni lidah Asian sikit. So its a must for me to add on the Chili's. Ikut hati memang nak letak bebanyak. Tapi takpe, just be moderate, letak ala kadar sahaja, asalkan ada rasa pedas. Hehehe~



Langkah kelapan :

Setelah semuanya telah sebati dan sudah berkenal-kenalan antara satu bahan dengan bahan yang lain. Tutupkan api dan biar seketika. So.. Siaplah inti kita.



Mari teruskan dengan menyediakan Sos Putih yang lazat dan menggemukkan!
HAHAHA!
Memang laa, All the fat are right here in this White Sauce. But the taste are superb  delicious, I can even eat it just like that :p 

Langkah kesembilan :

Masukkan Butter anda kedalam periuk. Sejujurnya, Eryn tak timbang pun butter ni, Eryn just senduk kan je butter ni sebanyak 3 kali. Hahaha! Okay. Cairkan butter ni, kemudian masukkan susu segar tado dan kacau sebati.
Langkah kesepuluh :

Masukkan kepingan Cheddar dan garam secukup rasa dan digaul sebati lagi.
Masa ni, sos akan menjadi sedikit likat, jadi silalah whisk sehingga sebati dan jangan biar berketul hokehhh!
Langkah terbaik adalah dengan menggunakan whisk ye :)


Langkah kesebelas;

Sila masukkan tepung gandum yang tiga sudu tadi kedalam sos dan kacau lagi.
Dan.
Tadaaa~ Your sos putih is readyyyyyy


inti dan sos dah pun siap kan. Jadi marilah kita merebus kepingan Instant Lasagna pula

Langkah keduabelas:

Masukkan air ke dalam periuk, masukkan sedikit minyak agar kepingan tidak melekat anatara satu sama lain dan masukkan juga secukup rasa garam, agar kepingan terbabit tidak hilang rasa atau menjadi tawar.

Haaaaa!
Bagi yang pertama kali buat, (seperti Eryn) mesti tak tahu macam mana kepingan ni bila dah boleh diangkat kan? Hahaha. Eryn pun sama
Tapi Eryn ambil pendekatan, lepas dah masukkan dan rebus sebentar, Agak-agak dah macam boleh melentur2 kepingan tu, Eryn angkat dan tos. Hehehe~



Yayyy!
Semuanya telah pun tersedia.
Langkah ketiga belas: 
Sediakan semua baahn2 untuk proses melapis - lapiskan

Lapisan adalah bergantung kepada bekas yang digunakan.
Loyang Eryn dapat buat 2 lapis, tapi tebal.



Langkah keempat belas:

Sesi melapis..
Tips penting, kalau tak nak susah masa nak potong nanti dan kalau tak nak melekat2 kepingan tu dengan loyang, lapisan pertama, letak inti dulu, barulah letak kepingan yeee. :)

Jadi aturan untuk melapis selepas letak inti dibahagian paling bawah ialah :

Kepingan -->  Inti --> Sos Putih

Ulang aturan ini sehingga tinggal lebih kurang 3cm daripada permukaan loyang atau bekas anda


Langkah kelima belas:

Setelah ditinggalkan sebanyak 3cm, letak lagi satu kepingan diatas dan lapisi pula dengan sos putih. Ratakan dengan cantik.



Langkah keenam belas:

Tadaaaa~

Masa untuk menghias toppingnya.
Hahaha. Taburkan Parmesan dan juga Mozzarella. Kuantiti terpulang pada anda yeee..



Langkah ketujuh belas:

Bakar Lasagna pada suhu 180 celcius selama 40min. 
PERINGATAN!
Sila panaskan Ketuhar Oven anda sebelum mula membakar yeee..
If possible masa dah start nak buat Sos Putih tu, dah boleh mula panaskan Oven anda :)

Potong semasa panas :)


ALHAMDULILLAH



Berjaya juga Eryn kongsikan resepi ini..
Jom masak bersama yeee..
Sebarang kemusykilan boleh la tanya yee..

 Thats All
ASSALAMUALAIKUM
xoxo



No comments:

Audition Chef Selebriti Baba's

Bismillahirohmanirahim.. Allahu, dah lama betul tak menaip didalam diari digital ini. Sungguh. Sibuk yang teramat sangat. R...